Laman blog yang memaparkan isu semasa/pandangan/aktiviti terkini serta perbincangan berkaitan matapelajaran Matematik Tambahan yang mungkin akan mencetus perubahan di blog Titik Mula

Wednesday 11 May 2011

Tinjauan Online - Mari kita pakat bagi mesej untuk Telekom Malaysia


Jom semarakkan 'TEAM MALAYSIA' bersama TM



ahmad Shabery Cheek (tengah), CEO Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa (kiri) dan Pengerusi TM Datuk Dr. Halim Shafie melihat jersi Panthera pada majlis menandatangani perjanjian dengan MSN dan MOM di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) menandatangani perjanjian dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi melaksanakan kempen sukan yang unik yang dikenali 'Team Malaysia'.
Di bawah kempen tersebut, TM diberi hak eksklusif menjual jersi belang hitam kuning atau Panthera yang lazimnya dikhaskan untuk atlet negara sahaja.
Kini orang ramai boleh membeli jersi tersebut dan memakainya sewaktu menyaksikan atlet negara beraksi pada sesuatu kejohanan.
Jersi tersebut boleh dibeli di premis TM Point yang terpilih serta siri Jelajah TM pada harga RM79.90 sehelai dan harga istimewa menerusi belian secara online RM69.90.
Di bawah perjanjian itu juga TM bertanggungjawab memasarkan dan promosi cenderamata barangan yang mempunyai logo MSN dan MOM.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kempen seperti ini bukan sahaja menaikkan semangat atlet negara sebaliknya menyatukan rakyat.
"Kempen ini khususnya penjualan jersi Panthera untuk orang ramai memang idea yang kreatif, objektif TM tidak lain untuk menyatukan talian persahabatan selain daripada talian komunikasi," katanya pada pelancaran Team Malaysia di sini, semalam.
Jelas Ahmad Shabery, kempen tersebut dapat menghimpunkan sokongan peminat sukan Malaysia buat semua atlet negara tanpa mengira lapisan masyarakat.
"TM sebenarnya membawa dua maksud iaitu Telekom Malaysia tetapi juga Team Malaysia.
"TM juga membantu atlet negara dari sudut kewangan dan pengenalan Team Malaysia ini adalah satu modal yang baik," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Pertandingan 'COOL BLOG' membentuk masyarakat celik IT

Kerjasama Telekom Malaysia, Smarts Minds dan Mesra Mall memberi peluang kepada masyarakat mendalami kepesatan teknologi maklumat
Glitter Photos

Isu Semasa: Kemalangan Jalan Raya terus meningkat

Malaysia kerugian RM7.8 bilion bersamaan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat kemalangan jalan raya
termasuk kemalangan maut di negara ini pada 2008, menurut Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Farhan berkata, mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun lepas, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121), teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).
Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161), membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106).
Selain itu sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan di bawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menyebabkan kemalangan.
Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
Beliau berkata selain sikap manusia, penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lain antaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.
"Sikap manusia adalah penyebab utama kemalangan dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah di kalangan penunggang mahupun pembonceng motosikal," katanya.
Beliau berkata dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.
"Menurut kajian terkini yang kita lakukan, remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen," katanya.
- Kuala Lumpur, 7 Januari 2011
 Dipetik dari Berita BERNAMA
 

Komen Editor Blog Titik Mula
"Kepada semua pengunjung blog Titik Mula, berhati-hatilah ketika berada di atas jalan raya. Malang itu tidak berbau. Maka kita tidak boleh sambil lewa dalam hidup. Ingatlah insan tersayang!

Tutorial 2: Indices and Logarithms

Introduction to logarithms

Telekom Malaysia terus berkembang maju

Jom kita lihat sedikit info menarik tentang syarikat gergasi telekomunikasi Telekom Malaysia


TM (Telekom Malaysia) Bhd
Jenis Awam
Ditubuhkan Dikorporatkan 12 Oktober 1984
Ibu pejabat Ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia
Orang utama Dato' Zamzamzairani Mohd Isa, Kumpulan CEO
Industri Telekomunikasi
Produk Perkhidmatan Telekomunikasi
Hasil RM17.84 bilion (USD5.46 bilion) (2007)
Pekerja 30,000 Groupwide
Laman web www.tm.com.my


Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia

Nota Ulangkaji Matematik Tambahan - Pembezaan

Terbaru! Dapatkannya sekarang...
Nota Ulangkaji Matematik Tambahan silibus SPM Tingkatan 4 - Pembezaan (Kecerunan Lengkungan)

Tutorial 1: Indices and Logarithms

Proof: Log a + Log b = Log ab

PUPUK CARA PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

Kementerian kesihatan dan kementerian pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar.

Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obes. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti lebih daripada 9%.

Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia dan kerajaan.

Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi. Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.

Selain daripada  minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.

Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik.  Garis panduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu  kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjual makanan yang tidak berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut.

Ibu bapa juga patut menjadikan model kepada anak-anak mereka dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda.





  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP