Laman blog yang memaparkan isu semasa/pandangan/aktiviti terkini serta perbincangan berkaitan matapelajaran Matematik Tambahan yang mungkin akan mencetus perubahan di blog Titik Mula

Wednesday 11 May 2011

Jom semarakkan 'TEAM MALAYSIA' bersama TM



ahmad Shabery Cheek (tengah), CEO Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa (kiri) dan Pengerusi TM Datuk Dr. Halim Shafie melihat jersi Panthera pada majlis menandatangani perjanjian dengan MSN dan MOM di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) menandatangani perjanjian dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi melaksanakan kempen sukan yang unik yang dikenali 'Team Malaysia'.
Di bawah kempen tersebut, TM diberi hak eksklusif menjual jersi belang hitam kuning atau Panthera yang lazimnya dikhaskan untuk atlet negara sahaja.
Kini orang ramai boleh membeli jersi tersebut dan memakainya sewaktu menyaksikan atlet negara beraksi pada sesuatu kejohanan.
Jersi tersebut boleh dibeli di premis TM Point yang terpilih serta siri Jelajah TM pada harga RM79.90 sehelai dan harga istimewa menerusi belian secara online RM69.90.
Di bawah perjanjian itu juga TM bertanggungjawab memasarkan dan promosi cenderamata barangan yang mempunyai logo MSN dan MOM.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kempen seperti ini bukan sahaja menaikkan semangat atlet negara sebaliknya menyatukan rakyat.
"Kempen ini khususnya penjualan jersi Panthera untuk orang ramai memang idea yang kreatif, objektif TM tidak lain untuk menyatukan talian persahabatan selain daripada talian komunikasi," katanya pada pelancaran Team Malaysia di sini, semalam.
Jelas Ahmad Shabery, kempen tersebut dapat menghimpunkan sokongan peminat sukan Malaysia buat semua atlet negara tanpa mengira lapisan masyarakat.
"TM sebenarnya membawa dua maksud iaitu Telekom Malaysia tetapi juga Team Malaysia.
"TM juga membantu atlet negara dari sudut kewangan dan pengenalan Team Malaysia ini adalah satu modal yang baik," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment






  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP